Saturday 14 January 2012

Update Terbaru 2012

salam hormat buat semua.

Pertamanya, maafkan kami kerana berlaku sedikit kelewatan dalam proses update blog, kami sibuk melakukan persiapan dan memenuhi permintaan mengadakan seminar dari luar. Kami doakan kepada anda supaya dengan azam baru pada tahun baru ini akan memberikan lebih semangat dan aura positif dalam perancangan dan perniagaan anda. Berdoalah dan berusahalah dengan ikhlas kerana Allah swt. InsyaAllah ruang kejayaan dan rezeki pasti akan menjadi milik kita.

Bersempena dengan tahun baru 2012 ini, kami sedang bersungguh-sungguh menyusun jadual serta perancangan untuk seminar terbaru dan pelancaran DVD Video Rahsia bisnes borong vietnam. Kepada anda yang berada di luar semenanjung, seperti di Sabah Sarawak Singapore Brunei dan Indonesia, anda kini tidak perlu risau lagi kerana anda boleh mendapatkan DVD untuk belajar tentang selok belok bisnes di vietnam.

Kami akan update maklumat mengenai seminar dan video dalam masa terdekat untuk semua.

Sekiranya anda berminat untuk menjemput pihak kami menyampaikan Seminar Bisnes Borong Vietnam di tempat anda seperti Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah dan sebagainya. Anda boleh berhubung terus dengan kami untuk berbincnag dengan lanjut.

Kami boleh dihubungi melalui email : borong.vietnam@gmail.com   atau hubungi   019.222.0795   En.Zul.

No comments:

Post a Comment