Saturday 24 September 2011

Testimoni Personal Coaching kami.


Sebelum ini kami ada juga membuat beberapa siri personal coaching ( Latihan dan rundingan secara one to one ) di atas permintaan beberapa pelanggan kami. Alhamdulillah rata-rata berpuas hati dan makin pandai berbisnes sendiri.

Testimoni 1.
“ Herm..puas hati bila diberi tunjuk ajar terus dari Zul, memang dia share habis-habis pengalaman dan beri tunjuk ajar bagaimana selok belok nak mula memborong dari Vietnam terutamanya produk pakaian. Kami suami isteri dah 2 kali ke Vietnam tahun lepas 2010, tapi kami memborong di Ben Thanh dan Pasar malam je. Itu pun dah murah bagi kami...Rupa-rupanya masih ada lubuk rahsia yang beliau bongkar kepada kami. Terima kasih Zul, awak memang best...semoga usaha anda member tunjuk ajar kepada masyarakat diberkati Allah”  En.Ahmad & Pn. Wani, Kota Samarahan,Sarawak.




Testimoni 2
“Sebelum ni saya memborong dari En.Zul dan ke Plaza GM untuk ambil barang, ala...berniaga kecil-kecilan je di Ofis..time gaji memang ramai yang ambil barang terutama kain cotton, Tapi semua berubah bila saya tanya En.Zul camna nak buat secara serius, dia cakap senang je..saya mula ikut Personal Coaching dgn dia, kami lepak kedai kopi je pun..Selepas 3 bulan Alhamdulillah saya berjaya tambah produk kepada Telekung, Baju Budak dan Baju Kurung,Jualan pun meningkat lepas dia kongsikan rahsia marketing, Saya happy sangat! Ingat nak buat fulltime tapi husband tak bagi green light lagi.Hehe..Tq En.Zul!” Puan Noor, Subang Jaya Selangor.


YA TUAN TUAN! Ini adalah Seminar yang julung julung kali kami adakan sendiri...
Kami juga akan menunjukkan bukti pendapatan  pada Bulan Ramadhan yang lalu..Alhamdulillah...rezeki pasti ada bagi mereka yang berusaha.

JADI, Siapa yang sesuai hadir ke Seminar Eksklusif Borong Vietnam kami ni ?
  • Yang dah berkali kali ke Vietnam, tapi asyik borong kat Ben Thanh je...
  • Yang berkali-kali memborong tapi asyik bawak balik ikut Bagasi je..30kg..
  • Yang memang tak tahu apa apa pun. Nak belajar bagaimana nak mula..
  • Yang tengah rancak berjual produk dari Vietnam & nak tingkatkan hasil jualan
  • Yang nak tahu bagaimana caranya nak berniaga kain baju, kain cotton, telekung dll ni..
  • Pelajar IPT yang nak buat kajian & berminat nak jadi Usahawan.
  • Ibu Tunggal dan suri rumah yang nak tambah pendapatan keluarga.
  • Peniaga-peniaga online tegar...
  • Ahli-ahli mesyuarat rombongan Cik Kiah
  • Ketua JKKK Wanita di Kampung, Taman, Apartment Koperasi.
  • Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan
  • Yang tengah blurrrr tak tahu nak memborong apa di Vietnam..
  • Eh....siapa jelah yang berminat nak tahu,ambil tahu,tambah ilmu....Silakan hadir..

No comments:

Post a Comment